KUALA KANGSAR: Seorang pemandu treler maut setelah melanggar belakang sebuah lagi treler di Kilometer (KM) 231.9 Lebuhraya PLUS arah utara di sini pagi tadi.
Difahamkan mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Abd. Rahim Sulaiman.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepi di ruang pemandu.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.12 pagi.
"Didapati sebuah treler melanggar belakang sebuah treler lain dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di ruang pemandu.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan,” kata jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu turut memberitahu, anggota bomba kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi yang diketuai oleh PBK II Abdul Aziz Mohd Noor itu tamat pada pukul 9.17 pagi.
Aida Aziz
Wed Mar 16 2022
Dua treler mengalami kemalangan sehingga menyebabkan seorang pemandu maut dalam kejadian di Kilometer (KM) 231.9 Lebuhraya PLUS arah utara di Kuala Kangsar pagi tadi. - Gambar ihsan BOMBA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemandu maut dalam kemalangan dua treler di Lebuhraya PLUS
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepi di ruang pemandu.