awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, isteri dan anak cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/04/2022
09:43 MYT
Pemandu maut, isteri dan anak cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan
Beginilah keadaan kereta Perodua MyVi dinaiki sebuah keluarga yang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Taiping pada Jumaat. - Gambar ihsan JBPM
TAIPING: Seorang pemandu maut sementara isteri dan anaknya cedera apabila kereta jenis Perodua MyVi yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, hari ini.
Ong Chee Wei, 40, yang beralamat di Ayer Hitam, Pulau Pinang, disahkan maut di lokasi kemalangan.
Sementara isteri mendiang Chee Wei, Ai Xiang, 40, dan anak lelaki pasangan itu, Ong Kai Hong, 7, mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang mereka naiki tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan dan bahagian belakang treler.
“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 9.07 pagi.
Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.
Mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Mustafa Kamal Ismail tamat pukul 10.20 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuhraya Utara Selatan
#pemandu maut
#isteri cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan