MALAYSIA
Pemandu maut kenderaan dihempap pokok tumbang di Batang Kali
Sebatang pokok tumbang menghempap Toyota Hilux, mengakibatkan pemandunya meninggal dunia. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, petang tadi.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.14 petang.
"Setibanya di lokasi pada 2.45 petang, didapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, petang tadi.
- JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada 2.14 petang dan lima anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, sebelum menemui mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia.
- Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.