awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut kontena rempuh pondok kawalan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/04/2021
09:04 MYT
Pemandu maut kontena rempuh pondok kawalan
Beginilah keadaan kontena yang merempuh sebuah pondok kawalan di sebuah gudang di Taman Perindustrian, Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Jumaat. - Gambar ihsan BOMBA
BUKIT KAYU HITAM: Seorang pemandu sebuah lori kontena maut selepas kenderaan berat yang dipandunya gagal dikawal lalu merempuh sebuah pondok kawalan di sebuah gudang di Taman Perindustrian, di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.26 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Azman Shahidan tiba di lokasi jam 10.31 pagi.
"Operasi disertai enam anggota dan dua buah jentera dari BBP Bukit Kayu Hitam.
"Setibanya di lokasi mendapati, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena yang merempuh dan menghempap sebuah pondok kawalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, komander operasi terpaksa mengangkat papan serpai (chipboard) dengan menggunakan kren dan forklift.
Beliau berkata, operasi untuk mengeluarkan mangsa mengambi masa lebih kurang 30 minit selepas jentera sampai di lokasi.
Mangsa yang juga lelaki warganegara Thailand itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#pemandu maut
#kontena rempuh pondok kawalan
#Taman Perindustrian
#gudang
#Bukit Kayu Hitam
#warganegara Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan