Skip to main content

Malaysia

Pemandu maut lori jatuh gaung di Tanah Merah

Sumber: BERNAMA
Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor menghala ke Kuala Tiga, Tanah Merah, semalam. - Gambar hiasan/ Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor menghala ke Kuala Tiga, Tanah Merah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian menyebabkan Chow Yoke Kow, 65, tercampak keluar dari lori itu.

“Kejadian berlaku pada 2.30 petang dan kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke dalam gaung.

“Mayat dibawa keluar pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement