awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour
Abu Dhabi dinobat bandar paling selamat di dunia untuk tahun ke-10 berturut-turut
VFive Group salur RM2.5 juta zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, lori tangki meletup semasa kerja kimpalan

Bernama
Bernama
16/08/2025
15:00 MYT
Pemandu maut, lori tangki meletup semasa kerja kimpalan
Seorang pemandu lori maut manakala pembantu bengkel cedera ringan selepas sebuah lori tangki meletup ketika kerja kimpalan di sebuah bengkel Batu 6, Kuala Sawah, Rantau hari ini. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang pemandu lori maut manakala pembantu bengkel cedera ringan selepas sebuah lori tangki meletup ketika kerja kimpalan di sebuah bengkel Batu 6, Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Penolong Kanan Penguasa Bomba Kanan I Mohd Syazwan Saidy berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.23 tengah hari dan setibanya di lokasi, mangsa berusia 33 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Lori tangki itu berada di bengkel sejak petang semalam untuk dibaiki. Menurut saksi, dua mangsa berada di atas lori bagi membuat kerja pengimpalan sebelum secara tiba-tiba ia meletup menyebabkan mereka melambung setinggi tiga meter.
"Saksi melihat mangsa tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala. Saksi juga membantu mengangkat pembantu bengkel yang merupakan abangnya ke bilik sementara menunggu bantuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Syazwan berkata Pasukan Khas Hazmat BBP Seremban 2 telah membuat pengesanan di kawasan bengkel serta tempat berlaku letupan dan mendapati bacaan persekitaran kembali normal.
Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat manakala pembantu bengkel ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini bagi rawatan.
Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#tangki meletup
#kerja kimpalan
#Kuala Sawah Rantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan