Pemandu maut, lori terbabas langgar tiang elektrik

Abd Razak Mohd Ali
Jun 16, 2021 00:07 MYT
Lori tiga tan tanpa muatan dipandu Elangeswaran dipercayai terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik di Kampung Sitiawan malam tadi. - Foto JBPM Perak
SITIAWAN: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar tiang elektrik di simpang masuk Kampung Sitiawan, di sini, malam tadi.
Mangsa, S Elangeswaran, 43 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah lori tiga tan tanpa muatan telah terbabas melanggar sebatang tiang elektrik menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Razlan Dimyati tamat jam 11.50 malam.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #Perak #Sitiawan #bomba #Lori #pemandu lori #tersepit #terbabas #tiang elektrik