awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, nahas lori-treler di Lebuhraya WCE

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/05/2025
23:50 MYT
Pemandu maut, nahas lori-treler di Lebuhraya WCE
Semasa operasi menyelemat, ketua operasi bomba mengarahkan anggota melaksanakan kerja–kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Seorang pemandu maut selepas lori yang dipandunya dipercayai melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 243, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), berhampiran Trong, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 2.50 pagi.
Menurutnya, setibanya jentera di tempat kejadian, didapati sebuah lori bonded telah melanggar bahagian belakang sebuah treler, bagaimanapun treler tersebut tiada lagi di lokasi kejadian.
“Pemandu lori bonded berusia 37 tahun itu telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, manakala kelindan lori tersebut terselamat,” katanya di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja–kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahril Shaharudin tamat jam 4.22 pagi.
Topic Berkaitan
#lori langgar treler
#WCE
#JBPM Perak
#pemandu lori tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami