awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai

Bernama
Bernama
22/02/2025
15:35 MYT
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, hari ini. - Foto JBPM/ via Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, pemandu lori berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 39 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Rigid tersebut dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.
"Pemandu lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau hubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azian di talian 09-9666222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu
#penumpang
#terbabas dalam gaung
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan