awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, penumpang parah kereta bertembung bas ekspres

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2021
23:07 MYT
Pemandu maut, penumpang parah kereta bertembung bas ekspres
Pemandu dan penumpang Proton Saga tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu. - Foto Astro AWANI
LAHAD DATU: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam nahas dengan bas ekspres di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu - Sandakan, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 10.10 malam ketika pemandu Proton Iswara dari arah Sandakan ke Lahad Datu manakala bas ekspres dinaiki 27 penumpang dari arah Semporna ke Kota Kinabalu.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Saga dipercayai memotong kenderaan lain di selekoh dan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan Proton Saga itu.
"Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang Proton Saga tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu.
"Bagaimanapun pemandu berusia 26 tahun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia jam 1.40 petang Ahad tadi manakala penumpang lelaki berusia 50 tahun parah dan masih menerima rawatan," katanya dalam kenyataan media, semalam.
Rohan Shah berkata, pemandu bas ekspres berusia 48 tahun dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan polis ditempat kejadian mendapati kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan yang teruk di bahagian hadapan.
"Hasil siasatan mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian pemandu Proton Saga yang memotong di garisan berkembar dan berada di kawasan selekoh.
"Bagaimanapun siastaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#bas ekspres
#bertembung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan