awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu panik, lori undur rempuh dua belas kenderaan

Bernama
Bernama
28/02/2019
20:45 MYT
Pemandu panik, lori undur rempuh dua belas kenderaan
Kemalangan didapati bermula daripada sebuah lori yang membawa muatan batu 'block' yang berhenti di laluan kiri kerana mengalami kerosakan. - Gambar hiasan
Dua belas kenderaan rosak teruk manakala seorang lelaki cedera ringan apabila sebuah lori yang diparkir mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan melanggar semua kenderaan itu dalam kejadian di KM 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala ke Rawang, petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari'at dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu melibatkan 10 buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.
"Siasatan awal mendapati kemalangan bermula daripada sebuah lori yang membawa muatan batu 'block' yang berhenti di laluan kiri kerana mengalami kerosakan.
"Setelah berhenti dan menarik brek tangan, pemandu berusia 39 tahun itu keluar dari kenderaannya bagi mencari batu untuk diletakkan di belakang tayar lori, namun gagal apabila secara tiba-tiba lori terbabit bergerak mengundur dan melanggar 11 kenderaan yang berada di belakangnya," kata beliau.
Susulan kemalangan itu, kebanyakan kenderaan mengalami kerosakan teruk dan seorang penunggang motosikal cedera ringan pada bahagian dahi.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#cedera
#Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
#kemalangan
#kenderaan
#laluan kiri
#langgar
#Lori
#mengundur
#muatan batu
#rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan