MALAYSIA
Pemandu pelancong jual pakej pelancongan berdepan pembatalan lesen - Tiong
Pemandu pelancong yang didapati menawarkan atau menjual pakej pelancongan akan dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan lesen, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pemandu pelancong yang didapati menawarkan atau menjual pakej pelancongan akan dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan lesen, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memanggil segera dan mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana perbuatan mereka boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk harga pakej pelancongan yang tidak terkawal.
"Kalau berminat dan rasa berkelayakan untuk menjual pakej pelancongan, ambil lesen jadi ejen pelancongan tapi pastikan pakej yang disediakan benar-benar berkualiti," katanya semasa sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan Sabah di sini hari ini.
Selain itu, Tiong meminta pemandu pelancong supaya memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelancong yang datang ke negara ini, terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Pemandu pelancong perlu berinteraksi dengan pelancong, sekiranya melawat sesebuah tempat atau bangunan perlu tahu sejarahnya dan beri penerangan kepada pelancong," katanya.
Tiong juga mengingatkan pemandu pelancong supaya tidak membawa pelancong asing ke beberapa destinasi pelancongan sahaja selain hanya tertumpu ke kawasan atau pusat beli-belah tertentu.
Beliau berkata pelancong seharusnya diberi kebebasan untuk memilih destinasi membeli-belah mengikut keinginan masing-masing tanpa dikawal oleh agensi pelancongan yang menguruskan mereka sepanjang berada di Malaysia.
"Ini penting kerana kami mahu memastikan industri pelancongan, seni dan budaya tidak tercemar dengan amalan-amalan tidak sihat yang berupaya mencacatkan imej negara di mata dunia," katanya.
Beliau juga mengingatkan semua pengendali pelancong agar mematuhi garis panduan keselamatan dan operasi, mengekalkan tahap profesionalisme, melayani tetamu dengan hormat serta menekankan kepentingan kerjasama antara pelancong dan pemandu pelancong.
"Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa sebagai destinasi yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan pelancong. Kita berbangga dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya dan kita mengalu-alukan kedatangan pelancongan dari seluruh dunia," katanya.
Tiong ketika mengulas mengenai sesi libat urus itu berkata banyak cadangan dan isu telah dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan di Sabah.
-- BERNAMA