awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu rempuh pelanggan restoran berjaya ditahan

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2018
03:31 MYT
Pemandu rempuh pelanggan restoran berjaya ditahan
Ismadi (dua, kanan) mendengar penjelasan daripada salah seorang saksi, Lee Siong Foo, 28, selepas kereta miliknya dilanggar oleh suspek. - BERNAMA
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai suspek utama kes langgar lari di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan malam tadi, berjaya ditahan polis awal pagi tadi.
Suspek yang berasal dari Sarawak itu, ditahan pada pukul 1.43 pagi selepas majikannya menyerahkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, kenderaan yang dipandu suspek adalah milik majikannya. Kenderaan itu ditemui ditinggalkan di Taman Universiti Indah.
Katanya, saringan awal ujian air kencing suspek bagaimanapun negatif. Darah suspek juga telah diambil untuk ujian alkohol.
BACA: Wanita maut, empat pelanggan cedera dilanggar ketika makan di restoran
"Kejadian berlaku lebih kurang 8.15 malam tadi, di mana pemandu dengan melulu melanggar beberapa pelanggan restoran. Akibat rempuhan, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala tiga lagi cedera.
"Namun suspek tidak memberhentikan kenderaannya dan terus merempuh tiga lagi kenderaan berdekatan -- sebuah Lexus, Perodua Bezza dan Perodua Myvi -- sebelum bertindak melarikan diri," kata Ismadi.
Tambahnya, suspek dijangka akan direman di Mahkamah Petaling Jaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Diberkas
#pacuan empat roda
#pemandu
#restoran
#taman equine
#Taman Universiti Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan