MALAYSIA
Pemandu S70 mengaku tidak bersalah sebabkan kematian tiga beranak
Mohamad Aqlan Marwan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini bagi menghadapi tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki dan dua anaknya pada 18 Jan lalu. - Foto Astro AWANI
KULIM: Seorang pekerja bahagian pemasaran di sebuah bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki dan dua anaknya, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Aqlan Marwan Mohamad Toha, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah Proton S70 di Jalan Kulim–Mahang di sini secara melulu sehingga melanggar sebuah Perodua Viva dan menyebabkan kematian Muhammad Syazwan Mohd Suroddin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam lebih kurang 5 petang pada 18 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda minimum RM20,000 hingga RM50,000.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nursalwati Wan Kamarul Ariffin memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Datuk Kamal Pasha Jamal yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM3,000 sebulan, menanggung isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berusia dua tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan sebutan semula kes pada 3 Mac depan bagi serahan dokumen.
Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Tertuduh kemudiannya membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah di sini.
Sebelum ini, media melaporkan kemalangan tragis itu berlaku apabila Proton S70 dipandu tertuduh dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan sebelum Proton S70 terbakar.
Ketika kejadian, mangsa bersama dua anaknya dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput isterinya di tempat kerja di Sungai Ular sebelum nahas berlaku.