awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi mogok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Bernama
Bernama
08/01/2018
09:45 MYT
Pemandu teksi mogok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Difahamkan mogok itu sebagai membantah perkhidmaatan Uber dan Grabcar di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya.- Gambar hiasan
Pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini mogok sejak pagi tadi, namun ini dikatakan tidak menjejas jadual dan operasi penerbangan.
Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata operasi penerbangan berjalan lancar tanpa sebarang masalah seperti penerbangan dibatalkan atau ditunda.
"Perkhidmatan teksi terjejas dari pagi tadi sampai sekarang ini (3.30 petang) tak ada teksi yg beroperasi di KIA.
"Penumpang terpaksa guna kaedah pengangkutan lain seperti perkhidmatan Uber, Grabcar atau memanggil saudara untuk mengangkut mereka di sini," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Mohd Nadzim berkata pihaknya ada merujuk kepada Gabungan Pemilik Teksi Kuching bila mereka akan beroperasi semula.
"Mereka maklumkan tidak tahu sampai bila mogok akan berlangsung," katanya.
Difahamkan mogok itu sebagai membantah perkhidmaatan Uber dan Grabcar di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GrabCar
#KIA
#Kuching
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#mogok
#operasi
#penerbangan
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan