Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus 'mengugut' Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi.
Memberi reaksi terhadap jawapan balas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan beliau agar tidak mengugut Kerajaan, Shamsubahrin menegaskan ia bukan ugutan sebaliknya realiti.
"Saya dimaklumkan yang Datuk Seri Zahid dakwa saya ugut dan minta saya jangan ugut Kerajaan.
"Ingin saya tegaskan bahawa saya akan 'ugut' lebih lagi daripada yang saya buat sebelum ini.
"Ini bukan ugut, ini adalah fakta," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Malah, pada sidang media pagi tadi, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa 70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
"Pemandu teksi di bawah syarikat saya sahaja hampir 5,000 orang. Mereka juga menyatakan kesediaan untuk tukar kerajaan jika kerajaan sekarang ini gagal mengambil langkah sewajarnya.
"Bukan semua, tapi 70 peratus telah pun menyatakan hasrat yang sama kerana nasib pemandu teksi ni nampaknya tak terbela sampai sekarang.
"Saya tak nampak pelan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk membela nasib pemandu teksi," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut mendakwa pemandu teksi di negara ini dianak tiri oleh Kerajaan apabila pelbagai insentif diterima pemandu e-hailing berbanding pemandu teksi.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 11 2018
Shamsubahrin mendakwa, 70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada PRU14. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Pemandu teksi sokong PH: Saya akan 'ugut' lebih lagi - Shamsubahrin
70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik - Shamsubahrin
"Ibarat anak tiri," itu gambaran jelas yang dizahirkan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail terhadap nasib yang ditanggung majoriti pemandu teksi di negara ini.
Teksi dan Uber bekerjasama guna aplikasi sama
Memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani hari ini yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.