awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu terlelap, kereta terjunam dari jambatan setinggi 30 meter

Bernama
Bernama
11/09/2024
05:15 MYT
Pemandu terlelap, kereta terjunam dari jambatan setinggi 30 meter
Keadaan kereta yang terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka, pagi tadi.
MELAKA: Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi semasa lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu kereta dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlelap ketika memandu, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang, sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.
"Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta jatuh jambatan
#pemandu terlelap
#Melaka
#Jambatan Syed Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan