awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu tersepit, kereta rempuh dua kenderaan lain sebelum terbalik

Bernama
Bernama
13/10/2025
08:30 MYT
Pemandu tersepit, kereta rempuh dua kenderaan lain sebelum terbalik
Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba. - Foto JBPM Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh dua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelum terbalik berhampiran dengan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.36 pagi.
"Sebaik tiba didapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan, iaitu sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dipandu lelaki berusia 38 tahun merempuh dua kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan.
"Kemalangan hanya melibatkan seorang mangsa manakala pemeriksaan mendapati tiada individu lain di dalam dua lagi kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan dihantar ke HSJ untuk merima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki cedera
#rempuh dua kenderaan
#Butterworth
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan