NATIONAL
Pemandu treler cedera disamun, diserang ketika tidur

Mangsa mengalami kecederaan akibat serpihan kaca. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang pemandu treler cedera selepas cuba disamun dua lelaki bertopeng ketika sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4, Sekinchan di sini, pada malam Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu treler cedera akibat cubaan samun oleh dua lelaki bertopeng, yang memecahkan cermin tingkap treler di Sekinchan pada malam Jumaat.
- Mangsa mengalami kecederaan akibat serpihan kaca, sementara kedua-dua suspek melarikan diri dengan kereta berwarna kelabu gelap yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan.
- Polis sedang giat mengesan suspek, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
“Kedua-dua suspek melarikan diri menaiki kereta dipercayai jenis Honda atau Toyota Vios berwarna kelabu gelap yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah Azaharudin, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun,” tambah beliau.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami