Skip to main content

Malaysia

Pemandu treler direman dua hari kes memandu dalam keadaan mabuk

Sumber: Astro AWANI
Semakan lanjut mendapati lelaki yang memandu treler tanpa muatan itu memiliki dua lesen memandu palsu. - Astro AWANI

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki direman selama dua hari bermula hari ini selepas ditahan kerana memandu treler dalam keadaan mabuk dalam satu operasi ‘Op Mabuk’ di Jalan Sidam Kiri.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Azlan Basri selepas membenarkan permohonan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika operasi dijalankan di laluan Sidam Kiri–Padang Serai.

“Ketika pemeriksaan, anggota mendapati nafas lelaki berkenaan berbau alkohol. Ujian pernafasan yang dijalankan seterusnya mengesahkan dia berada di bawah pengaruh minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semakan lanjut turut mendapati lelaki yang memandu treler tanpa muatan itu memiliki dua lesen memandu palsu.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang sama, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Must Watch Video