awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler ditahan bantu siasatan nahas di LPT2

Bernama
Bernama
15/10/2015
09:36 MYT
Pemandu treler ditahan bantu siasatan nahas di LPT2
Ujian air kencing mendapati pemandu tersebut bebas daripada pengaruh dadah dan polis turut mengambil sampel darah untuk diuji Jabatan Kimia. -Gambar fail
Seorang pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan sehingga menyebabkan enam kematian dalam kejadian di kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat Perasing di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya merakam percakapan pemandu berusia 35 tahun dari Kelantan itu bagi siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.
"Sejurus selepas insiden itu, kita telah menahannya bagi merakam percakapan dan keterangan lanjut sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 12 tengah hari tadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata ujian air kencing yang dilakukan mendapati pemandu tersebut bebas daripada pengaruh dadah dan polis turut mengambil sampel darah yang seterusnya dihantar ke Jabatan Kimia.
Semalam enam sekeluarga maut selepas kereta Toyota Camry yang dinaiki mereka dari Kuala Terengganu ke Kuantan terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.
Kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12, dan Aqeel Muslim Abdullah, 3, terbunuh di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Topic Berkaitan
#Camry
#kemalangan
#lebuh raya
#LPT2
#Mohd Said Ibrahim
#pemandu treler
#Perasing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan