awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler maut kemalangan tiga lori

Bernama
Bernama
31/12/2020
05:17 MYT
Pemandu treler maut kemalangan tiga lori
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata dalam kejadian 6.37 pagi itu, mangsa yang berusia 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto BERNAMA
SEREMBAN:Seorang lelaki maut selepas lori treler yang dipandunya terbabit kemalangan dengan dua lori lain di Km273.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata dalam kejadian 6.37 pagi itu, mangsa yang berusia 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku apabila lori membawa muatan tar yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah treler membawa baja sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori kontena bermuatan barangan plastik di lorong paling kiri lebuh raya, katanya dalam kenyataan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dua lagi lori berusia 40 dan 50 tahun tidak mengalami kecederaan.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seremban
#nilai
#polis
#kemalangan
#maut
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Lebuhraya Utara Selatan
#meninggal dunia
#mayat
#pemadu treler maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan