awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2021
23:00 MYT
Pemandu treler mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia
Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam treler. - Foto ihsan polis
HULU TERENGGANU: Seorang pemandu treler ditemui meninggal dunia dalam kenderaan itu yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Kampung Tok Gebuk Ajil, Kuala Berang, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pemandu treler dikenali sebagai Wan Mohd Rudi Wan Yusoff, 34, itu dikatakan tidak bangun daripada tidur sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi berkenaan.
"Difahamkan, sebelum ini mangsa, dan kelindannya yang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang, ada mengadu sesak nafas.
"Kira-kira jam 2 pagi, mangsa berhenti di lokasi tersebut untuk menukar tayar treler dipandunya untuk meneruskan perjalanan ke Aring, Kelantan.
"Difahamkan selesai melakukan kerja-kerja menukar tayar tersebut, mangsa yang mungkin keletihan terlelap dalam treler tetapi tidak bergerak ketika dikejutkan kelindannya," kata beliau.
Mohd Adli berkata, kelindan tersebut terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat sementara kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu treler
#sesak nafas
#kelindan
#treler
#Mohd Adli Mat Daud
#tukar tayar
#tidak bangun daripada tidur
#meninggal dunia
#meninggal dunia dalam kenderaan
#diparkir di bahu jalan
#Kuala Berang
#keletihan
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan