MALAYSIA
Pemandu van sekolah ditahan turunkan pelajar ketika kenderaan masih bergerak
ACP Naazron berkata, polis berjaya mengesan dan menahan pemandu van berusia 59 tahun - seorang lelaki tempatan - untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu van sekolah selepas rakaman video tular memaparkan kenderaan tersebut menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan bergerak yang membahayakan nyawa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berkenaan dimuat naik di akaun Facebook sekitar jam 5.43 petang semalam.
“Hasil semakan awal mendapati rakaman menunjukkan sebuah van yang masih bergerak menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah di daerah Kajang.
"Tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, polis berjaya mengesan dan menahan pemandu van berusia 59 tahun - seorang lelaki tempatan - untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Insp. Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.
Naazron turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang trafik serta mengutamakan keselamatan semasa memandu.