Pemandu Volkswagen maut langgar pembahagi jalan di Jambatan Pulau Pinang

Astro Awani
Mac 6, 2020 02:52 MYT
Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki telah remuk teruk. Foto ihsan pembaca
Seorang pemuda maut selepas kereta Volkswagen dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari Georgetown menghala ke Perai awal pagi ini.
Mangsa, Lim Yen Tat, 26 tahun, yang tersepit di tempat duduk pemandu, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 pagi.
"Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki telah remuk teruk dan usaha mengeluarkan pemandu yang tersepit dilakukan.
"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan 'rescue tool' dan kerja-kerja pengalihan kenderaan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
#Jambatan Pulau Pinang #kemalangan #maut #meninggal dunia #Volkswagen