awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemanduan 100,000km daripada setiap tayar

Astro Publication
Astro Publication
15/04/2015
05:34 MYT
Pemanduan 100,000km daripada setiap tayar
Jika anda mengikuti akaun Instagram kami, anda mungkin ada terbaca kami gambarkan tayar DuraPlus daripada Goodyear sebagai ‘ramah pasca-GST’. Ini kerana tayar ini direka untuk menyediakan ketahanan tinggi – sejauh 100,000km!
Mungkin anda anggap ini ‘trick’ pemasaran, tetapi sebagai salah seorang yang pernah menggunakan DuraPlus yang terdahulu, editor Drebar.my dapat mengakui ketahanan tayar ini. Mengikut perkiraan Goodyear, 100,000km mampu untuk membawa anda (andaikan perjalanan ini satu kemungkinan) dari KL ke London, kemudian Rio, Dubai, Sydney, New Delhi, Las Vegas, Kaherah, Tokyo, Paris dan balik ke KL.
Bagaimana? Dengan nama Assurance DuraPlus baharu, tayar ini mampu memberi ketahanan yang ada dengan ciri lasak yang diberikan penggunaan Kevlar (bahan yang sama digunakan di dalam jaket kalis peluru). Di samping itu, ia juga mempunyai teknologi TredLife dengan unsur-unsur seperti berikut:
  • Kompaun tayar termaju berasaskan karbon dengan kandungan karbon lebih tinggi untuk memberi ketahanan yang diperlukan.
  • Corak alur yang lebih besar melalui bentuk kaviti optima. Ini menambah jumlah permukaan tayar yang menyentuh permukaan jalan, juga menambah ketahanan tayar.
  • Jumlah permukaan tayar yang menyentuh jalan maksima melalui alur tayar yang lebih dalam.
Goodyear Assurance DuraPlus ini direka untuk kenderaan penumpang bersaiz kecil dan sederhana (pada pendapat kami, meliputi segmen A hingga C). Saiz-saiz tambahan akan diperkenalkan pada masa hadapan, tetapi buat sekarang, pilihan untuk pembeli adalah seperti berikut:
Saiz
165/55 R14
185/60 R14
185/65 R14
185/70 R14
195/70 R14
195/60 R15
195/65 R15
Harga untuk Assurance DuraPlus baharu ini bermula dari RM226 dan hingga RM325 termasuk GST.
“Kami faham yang ada pemandu yang mencari tayar yang boleh membawa mereka lebih jauh dengan kurang masalah. Assurance DuraPlus baharu ini direka khusus untuk pembeli seperti ini,” kata Varinderjit Singh, pengarah urusan Goodyear Malaysia sewaktu acara pelancaran tayar ini. Juga menarik adalah program ‘Worry Free Assurance’ yang dihasilkan Goodyear Malaysia untuk beberapa tayar keluaran mereka, termasuk Assurance DuraPlus. Mengikut program ini, memberi perlindungan kepada tayar ini daripada bahaya atas jalanraya seperti kebocoran, terpotong dan hentakan yang terjadi sewaktu pemanduan biasa di atas jalan raya.
Jaminan ini aktif selama 6 bulan selepas pembelian. Jika berlaku kerosakan pada tayar dalam waktu itu, dan tayar masih lagi mempunyai corak sekurang-kurangnya sedalam 6.7mm, pengguna akan diberikan tayar gantian dengan percuma.
Jika kerosakan berlaku ketika tayar mempunyai corak dengan kedalaman antara 5.5mm hingga 6.6mm, pengguna akan menerima kredit apabila membeli tayar Goodyear dengan saiz dan rekaan yang sama.
Topic Berkaitan
# Assurance
# DuraPlus
# TredLife
#Goodyear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan