PADANG BESAR: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Isnin berkenan melancarkan SUKA, jenama bagi produk keluaran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).
Keberangkatan tiba baginda di PUSPEN Bukit Chabang di sini, disambut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang Mohamad Zaki Farkhi Ahmad.
Sutekno berkata jenama SUKA iaitu singkatan bagi 'Sokongan Untuk Pemulihan Anda' digunakan oleh AADK untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh klien (pelatih PUSPEN) meliputi hasil pertanian, kimpalan, jahitan dan makanan.
"Sesuai dengan maksud perkataan SUKA, kita mengajak masyarakat untuk sama-sama menyokong usaha pelatih PUSPEN membina hidup baharu dan bebas daripada najis dadah," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran SUKA di sini pada Isnin.
Beliau berkata setakat ini lebih sepuluh jenis produk dihasilkan oleh 30 PUSPEN seluruh negara dan AADK menjangkakan jualan mencecah RM500,00 pada tahun ini.
"Selain secara terus, produk ini juga akan dijual secara dalam talian kerana AADK merancang untuk membangunkan laman web perniagaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk SUKA," katanya.
Sementara itu Pengarah PUSPEN Jeli, Kelantan, Aman Mustapha berkata klien di PUSPEN Jeli menghasilkan produk pertanian berupa anak pokok durian sebagai sebahagian komponen dalam rawatan pemulihan mereka.
"Produk anak pokok durian kacuk ini merupakan idea klien sendiri yang berminat dengan bidang pertanian dan kita di PUSPEN memberi bimbingan kepada mereka," katanya.
Menurutnya penjagaan anak pokok durian dapat mendidik klien tentang kesedaran menjaga diri sendiri agar tidak terjebak lagi dengan penyalahgunaan dadah dan barang terlarang.
"Anak pokok durian perlu disemai, dibaja serta disiram dan begitu juga kehidupan ini perlu dijaga dengan baik agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti najis dadah," katanya.
Pengarah PUSPEN Gambang, Pahang Rosland Hussen pula berkata produk SUKA menjadikan klien lebih kreatif seperti mengunakan bahan terpakai untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial.
"Di PUSPEN Gambang kita bawa produk 'orang-orang' yang diguna untuk menghalau haiwan perosak tanaman dan dihasilkan dari bengkel kimplan mengunakan gabungan teknologi pengesan (sensor) dan tenaga solar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Keberangkatan tiba baginda di PUSPEN Bukit Chabang disambut Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang Mohamad Zaki Farkhi Ahmad. - Foto BERNAMA
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis
Perbezaan budaya, agama dan bangsa harus dijadikan sebagai sumber kekuatan negara dalam membina sebuah negara yang mampan.
KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis
Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek memenuhi syarat mencapai status universiti penuh.
Syarikat dari AS dipelawa melabur di Perlis - Pemangku Raja
Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia untuk meneroka pelabur
Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis berpotensi menjadi antara tarikan ekopelancongan utama pada masa hadapan.
Perpaduan aset utama Malaysia Madani - Pemangku Raja Perlis
Perpaduan merupakan aset utama dan yang paling bernilai dalam mencapai Malaysia MADANI, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.