PUTRAJAYA: Langkah pemansuhan import (AP) untuk bahan makanan adalah bertepatan dengan hasrat menjamin kelangsungan bekalannya dan dijangka mencetuskan lambakan di pasaran, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.
"Daya saing di pasaran membabitkan barangan keperluan asas akan lebih kompetitif dan diunjur bakal mencetuskan pengurangan harga mengikut kuantum tertentu, bergantung kepada aspek kualiti dan pembungkusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rabu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi import sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Ia antaranya merangkumi komoditi agromakanan tertentu seperti kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.
Bagaimanapun Nanta berkata pemansuhan AP akan mengambil masa untuk memberi kesan positif kepada pengguna kerana bergantung kepada proses perolehan, pensijilan halal dan pemeriksaan kastam.
"Menyedari hakikat ini, usaha rentas kementerian akan diketengahkan, mencakupi beberapa aspek asas di bawah kawal selia kementerian. Intipatinya akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet esok," katanya.
Sementara itu Nanta berkata mesyuarat kabinet yang diawalkan esok (23 Mei) amat dialu-alukan kerana bakal menentukan langkah intervensi kerajaan dalam merungkai isu barangan keperluan harian, khususnya ayam.
Katanya langkah intervensi itu harus berteraskan rentas kementerian dan 'whole of government' bagi memastikan sebarang usaha penyelesaian tidak dilaksanakan secara bersendirian dan tiada kesinambungan.
Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan mesyuarat kabinet yang diawalkan esok akan membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.
Beliau (perdana menteri) berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), masing-masing akan membentangkan laporan berkaitan isu itu, termasuk perancangan jangka pendek dan panjang bagi mengatasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Nanta berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa. - Gambar fail/Bernama

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.

Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.

Mansuh AP makanan bukan penyelesaian atasi kenaikan harga barang - DAP
Kerajaan perlu membuat perbincangan yang lebih komprehensif mengenai perancangan dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan AP makanan.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih

60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

Kartel daging: Pemuda PN syor tiga langkah tuntas
Sikap alpa dan sambil lewa mengenai keperluan memenuhi konsep 'halalan toyyiban' oleh sesetengah pihak boleh memberi kesan terhadap spiritual dan fizikal pengguna Muslim di seluruh negara.