SAMARAHAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyifatkan pemansuhan borang EnterSarawak untuk kemasukan pengembara dari seluruh negara ke negeri itu mampu mengoptimumkan aktiviti industri pelancongan domestik di negeri itu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemansuhan ini akan memudahkan agenda MOTAC untuk menganjurkan semula acara-acara yang ditangguhkan sebelum ini.
“Insya Allah selepas tahun baru Cina kita akan memulakan balik aktiviti yang telah kita rancangkan, dan ini akan menghidupkan semula suasana kecerian yang ada di Sarawak dan juga di seluruh negara yang memang kita nak mulakan,” katanya.
Nancy berkata demikian kepada media selepas meninjau dan menyerahkan Projek Baik Pulih Ban Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) di Kampung Lubok Punggor dekat sini pada Isnin.
Jelasnya pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa empat bakal mengembalikan kemakmuran ekonomi di Sarawak khasnya dalam industri pelancongan tempatan dengan lebih komprehensif.
Dalam perkembangan berkaitan, Nancy juga mendedahkan satu perjumpaan akan diadakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membincangkan mekanisme terbaik terutama dalam proses pelaksanaan umrah.
“Itu akan kita bincangkan pada 19 Januari, saya bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan pemegang taruh dalam industri termasuk ejen pelancongan yang bertanggungjawab hal umrah ini dan selepas itu kita akan memberitahu perkembangan terkini perkara berkaitan umrah kepada masyarakat,” katanya.
Terdahulu kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah berkuat kuasa 8 Januari susulan kes varian Omicron COVID-19 yang dikesan tinggi dalam kalangan peserta umrah.
Untuk rekod, dalam tempoh 25 November 2021 hingga 11 Januari 2022, sejumlah 16 kluster COVID-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi telah dikesan di mana tujuh kluster daripadanya melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Jan 17 2022

Nancy berharap Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa empat bakal mengembalikan kemakmuran ekonomi di Sarawak khasnya dalam industri pelancongan tempatan. - Foto Astro AWANI

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja - Nancy
Nancy berkata, kerajaan sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.

Nancy temui pengurusan tertinggi syarikat penerbangan Timur Tengah di Dubai
Nancy kini mengetuai delegasi Malaysia ke acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, dari 9-12 Mei.

MOTAC terima 182 permohonan baiki inap desa - Nancy
Semua permohonan yang direkodkan setakat 25 April kini dalam proses semakan Jawatankuasa Penilaian Teknikal kementerian.

Blue Ring Hole produk pelancongan baharu negara - Nancy
MOTAC mengenal pasti tapak selaman skuba yang ikonik dikenali sebagai Blue Ring Hole di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel sebagai produk pelancongan baharu negara.

Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.

Penurunan tambang penerbangan dapat tingkatkan pengunjung ke Sabah, Sarawak
Penurunan tambang juga akan turut membantu usaha bagi mencapai sasaran 1.2 juta pelancong ke Sarawak tahun ini.

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia memberangsangkan - Nancy
Malaysia juga berharap negara-negara yang masih lagi mengenakan sekatan sempadan agar mengikuti jejak langkah Malaysia

MOTAC sasar pendapatan pelancongan antarabangsa cecah RM77 bilion pada 2025
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa antara RM47 hingga RM77 bilion pada 2025.

Sedia garis panduan, pastikan pelitup muka pengusaha kraf penuhi spesifikasi SIRIM - Nancy
MOTAC meminta KPDNHEP menyediakan satu garis panduan bagi memastikan pelitup muka kain bercorak memenuhi spesifikasi SIRIM.