MALAYSIA
Pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama dijangka siap sepenuhnya pada Nov - KPM
KPM sedang melaksanakan pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama berisiko tinggi seluruh negara bagi memperkukuh keselamatan pelajar dan membendung kes buli. -Gambar hiasan/Freeimages
KUALA NERUS: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 200 buah sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata projek itu, yang dilaksanakan sejak Ogos lepas membabitkan peruntukan sebanyak RM3 juta, bertujuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah dan asrama selain membendung insiden tidak diingini termasuk kes buli.
"Pemasangan ini melibatkan sekolah-sekolah berasrama yang telah dikenal pasti berisiko tinggi termasuk yang mempunyai rekod kejadian buli dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Persaraan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata pemasangan CCTV itu dilihat mampu membantu siasatan secara lebih menyeluruh kerana sebelum ini, banyak kes yang berlaku di kawasan sekolah dan asrama sukar dibuktikan.
Wan Hashim juga berkata penentuan jumlah dan lokasi pemasangan CCTV di setiap sekolah akan ditentukan mengikut keperluan dengan kerjasama pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dan PDRM bagi mengelakkan sebarang pelanggaran privasi khususnya melibatkan pelajar serta guru.
"Setiap sekolah berbeza... jadi, ia dibuat mengikut kesesuaian sekolah berkenaan dan mungkin ada yang perlukan lapan unit kamera atau 10 unit, ikut kesesuaian...kita akan rujuk nasihat daripada CGSO untuk tentukan pasang (CCTV) dari segi sudut yang sesuai," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM sedang melaksanakan pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama berisiko tinggi seluruh negara bagi memperkukuh keselamatan pelajar dan membendung kes buli.
- Projek bernilai RM3 juta ini dijangka siap sepenuhnya menjelang November, dengan jumlah dan lokasi kamera ditentukan mengikut keperluan setiap sekolah.
- Penempatan CCTV dibuat dengan kerjasama CGSO dan PDRM bagi memastikan sudut pemasangan tidak melanggar privasi pelajar dan guru.