JEMPOL: Orang ramai terutamanya golongan muda dinasihatkan tidak tertipu dengan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi oleh pengamal pergigian tidak berdaftar hanya kerana terpengaruh dengan fesyen, serta dakwaan ia lebih cepat dan mudah.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Amalan dan Perkembangan Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Rosnah Atan berkata ini kerana mereka yang berbuat demikian menghadapi risiko kehilangan gigi secara kekal.
"Biasanya, doktor gigi palsu ini akan mendakwa bahawa pendakap gigi yang mereka pasang lebih cepat dan mudah melekat pada permukaan gigi, sebab itu orang senang terpedaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai tetamu dalam Program Bual Bicara Doktor Gigi Palsu dan Pendakap Gigi Palsu yang dianjurkan Kementerian Kesihatan (KKM) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan di Dataran Seri Jempol di sini hari ini.
Menurut Rosnah kebanyakan kes pemasangan pendakap gigi palsu dilakukan di premis tidak berdaftar seperti di rumah.
Sementara itu, Pakar Ortodontik Klinik Pergigian Tampin Dr Cheok Chieh How berkata orang ramai seharusnya membuat pemasangan pendakap gigi di klinik pergigian yang berdaftar sahaja.
Katanya peralatan yang digunakan untuk memasang pendakap gigi palsu oleh pengamal pergigian haram biasanya tidak dinyahkuman dan membawa kepada masalah kesihatan gigi yang lebih buruk.
"(Kalau ikut cara yang betul) doktor pergigian perlu membuat diagnosis secara menyeluruh sebelum membuat pemasangan pendakap gigi yang bersesuaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022
Kebanyakan kes pemasangan pendakap gigi palsu dilakukan di premis tidak berdaftar seperti di rumah. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka
Wanita itu mengaku memberikan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajari selama 7 hari di China.
Pemasangan pendakap gigi oleh pengamal pergigian haram berisiko
Orang ramai terutamanya golongan muda dinasihatkan tidak tertipu dengan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi oleh pengamal pergigian tidak berdaftar.
Wanita didakwa tawar pasang pendakap gigi tanpa lesen
Tertuduh Nurul Rohaizaz Farhana Syuhada Zazli, 25, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mazelan Jamaludin.
Awas hubungan 'intim' dengan si pemakai pendakap gigi
Individu yang memakai pendakap gigi dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melakukan hubungan kelamin agar tidak mencederakan diri sendiri mahupun pasangan anda.
Sikap masyarakat abai keselamatan, dorong lebih ramai 'doktor gigi palsu' - MPDPA
Sikap masyarakat yang mahukan caj rawatan pergigian yang murah akan mendorong kewujudan lebih ramai doktor gigi palsu.
Penggunaan pendakap gigi palsu undang penyakit berbahaya
Penggunaan pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak bertauliah boleh mengundang pelbagai jenis risiko dan penyakit berbahaya seperti tibi.
PPIM nafi bantu bebaskan 'doktor gigi palsu'
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata PPIM tidak pernah menyokong atau mengiktiraf tindakan individu yang boleh mengundang risiko.
Kementerian Kesihatan pandang serius kegiatan pengamal pergigian haram
Orang ramai masih kurang sedar mereka yang menawarkan prosedur tersebut adalah tidak bertauliah, kerana tertarik dengan tawaran harga yang dianggap murah.
Jadi 'doktor gigi palsu', pekerja salun kecantikan dari Indonesia dipenjara
Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial itu didapati menjalankan operasi klinik pergigian swasta dengan memberikan rawatan pendakap gigi.