NATIONAL
Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin

Saifuddin Nasution menunjukkan barangan rampasan susulan penahanan satu sindiket dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara dalam ‘Ops Tumpang', ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 31 tahun berstatus pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 31 tahun dipenjara kerana menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara, terbongkar hasil siasatan JPN.
- Dalam serbuan di Pandan Indah Ampang, JPN merampas set lengkap peralatan mencetak MyKad palsu, termasuk komputer riba, pencetak, dan enam MyKad.
- Lelaki tersebut didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan serta denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
"Dalam serbuan itu, JPN merampas set lengkap peralatan mencetak MyKad palsu, termasuk komputer riba, pencetak, mesin laminasi, cakera keras serta enam MyKad.
"Semakan mendapati dua daripada MyKad itu milik individu lain manakala empat lagi disahkan palsu," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata lelaki itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian lebih besar.
Beliau berkata kad pengenalan palsu dipercayai dijual kepada warga tempatan dan asing pada harga RM4,000 hingga RM5,000 sekeping.
Saifuddin Nasution memaklumkan lelaki berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 11 Mac lepas, mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan denda RM3,000 terhadap lelaki berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami