Pematuhan garis panduan di Pasar Borong Kuala Lumpur tidak memuaskan - Annuar
Fauzi Suhaimi
April 4, 2020 08:06 MYT
April 4, 2020 08:06 MYT
Tahap pematuhan garis panduan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang adalah tidak memuaskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan kawasan tersebut telah mempunyai enam kes jangkitan membabitkan COVID-19.
"Saya secara diam-diam telah singgah ke Pasar Borong Kuala Lumpur dan di sini sudah ada enam kes positif COVID-19.
"Apa yang saya perhatikan, pematuhan garis panduan adalah tidak memuaskan," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Sabtu.
Annuar dalam pada itu memberitahu, arahan telah diberikan agar langkah tersebut dipatuhi semua pihak sebelum tindakan dikenakan.
"Arahan telah diberi sekejap tadi agar langkah tertentu diambil segera," tegasnya.
#Annuar Musa
#COVID-19
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#menteri
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#Selayang
#Tan Sri Annuar Musa
#Twitter