ALOR SETAR: Laporan daripada penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, amat mengecewakan, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam hantaran terkini beliau di laman Facebooknya, beliau turut meluahkan rasa kesal kerana mendapati SOP tidak dipatuhi oleh sebahagian besar peniaga dan pengunjung bazar Ramadan.
"Adik, kakak, saudara, saudari yang berniaga dan yang mengunjungi bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, dimohon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negeri).
"Sebarang kecuaian dan kealpaan kita terhadap SOP boleh mencetuskan kluster baharu COVID-19, seterusnya akan membawa kepada penutupan semua bazar Ramadan yang menjadi sumber rezeki saudara mara kita sepanjang Ramadan ini," katanya.
Hari ini tular di laman sosial gambar-gambar di bazar Ramadan di beberapa negeri termasuk Kedah, yang menunjukkan pengunjung serta peniaga gagal mematuhi SOP ditetapkan.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengingatkan sekali lagi agar semua pihak yang mengunjungi bazar Ramadan termasuk para peniaga supaya memastikan setiap SOP yang ditetapkan dipatuhi bagi mengekang penularan COVID-19.
Kedah mencatatkan 26 kes positif baharu COVID-19 daripada 2,148 kes baharu harian di seluruh negara hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
Muhammad Sanusi meluahkan rasa kesal kerana mendapati SOP tidak dipatuhi oleh sebahagian besar peniaga dan pengunjung bazar Ramadan. - Gambar fail/BERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Harga makanan sudah masak sukar dikawal - PM
Tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini, kata Perdana Menteri.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.
KPDNHEP Terengganu rekod 668 kes pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.
Fasa 4 PPN: Pasukan pemantau SOP PDRM dan KKM diteruskan - Polis Kelantan
Pasukan pemantau PDRM dan KKM akan terus menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.
Polis P. Pinang tingkatkan rondaan patuh SOP ekoran varian baharu COVID-19
Polis Pulau Pinang meningkatkan rondaan di lokasi-lokasi tumpuan di negeri ini termasuk di tempat dan kelab rekreasi bagi memastikan pematuhan SOP PPN.
Warganegara asing langgar SOP COVID-19 boleh diusir - Imigresen
Warganegara asing yang melanggar peraturan SOP langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen.
Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa
Pemerkasaan komuniti dari aspek kawalan kendiri terhadap pematuhan SOP bagi mencegah jangkitan COVID-19 merupakan perkara penting dalam suasana peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik.
Putrajaya jadi tumpuan warga tempatan, asing beriadah
Banyak kawasan menjadi tumpuan mereka terutama pada hujung minggu dan di Putrajaya, antara yang popular termasuk Dataran Putrajaya serta Tasik Putrajaya.
Pembukaan Langkawi: Banyak perkara perlu diperbaiki terutama pematuhan SOP - Tun M
Antara tumpuan yang perlu diberikan adalah membabitkan pematuhan SOP dalam kalangan pelancong selain memudahkan proses kemasukan pelancong ke pulau peranginan itu.