PUTRAJAYA: Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata pencapaian tersebut berdasarkan pemeriksaan oleh penguat kuasa KPDNHEP bagi tempoh 13 Mei 2020 sehingga 8 Mac.
Dari segi kesalahan ketidakpatuhan SOP pula, beliau berkata bagi tempoh sama sebanyak 1,063 kes direkodkan atas pelbagai kesalahan dengan RM5.27 juta kompaun dikeluarkan.
"KPDNHEP akan memastikan SOP terus dipatuhi oleh pengguna ketika mengunjungi premis perniagaan terutama sektor peruncitan dan pengedaran di bawah seliaan KPDNHEP," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau turut menyambut baik pengumuman had waktu beroperasi bagi premis perniagaan yang dimansuhkan bermula 1 April ini mengikut syarat lesen operasi premis masing-masing, dengan menyifatkannya sebagai pemangkin dalam merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya sektor perdagangan dan pengedaran.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata fasa 'Peralihan Ke Endemik' merupakan 'exit strategy' (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan hampir normal selepas kira-kira dua tahun berperang dengan COVID-19.
Sebagai tanda sokongan terhadap SOP mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, Nanta memberi jaminan pihaknya akan memastikan bekalan pelitup muka serta kit ujian kendiri COVID-19 sentiasa stabil dan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan.
KPDNHEP menetapkan harga siling runcit bagi pelitup muka jenis tiga lapisan diturunkan kepada 70 sen berbanding RM1 sekeping, berkuat kuasa 1 Nov 2020, manakala harga maksimum kit ujian ditetapkan pada harga RM19.90 seunit, dan harga borong RM16 berkuat kuasa 5 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Nanta berkata pencapaian tersebut berdasarkan pemeriksaan oleh penguat kuasa KPDNHEP bagi tempoh 13 Mei 2020 sehingga semalam (8 Mac). - Foto fail/BERNAMA
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Harga makanan sudah masak sukar dikawal - PM
Tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini, kata Perdana Menteri.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

KPDNHEP Terengganu rekod 668 kes pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.

Fasa 4 PPN: Pasukan pemantau SOP PDRM dan KKM diteruskan - Polis Kelantan
Pasukan pemantau PDRM dan KKM akan terus menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.

Polis P. Pinang tingkatkan rondaan patuh SOP ekoran varian baharu COVID-19
Polis Pulau Pinang meningkatkan rondaan di lokasi-lokasi tumpuan di negeri ini termasuk di tempat dan kelab rekreasi bagi memastikan pematuhan SOP PPN.

Warganegara asing langgar SOP COVID-19 boleh diusir - Imigresen
Warganegara asing yang melanggar peraturan SOP langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen.

Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa
Pemerkasaan komuniti dari aspek kawalan kendiri terhadap pematuhan SOP bagi mencegah jangkitan COVID-19 merupakan perkara penting dalam suasana peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik.

Putrajaya jadi tumpuan warga tempatan, asing beriadah
Banyak kawasan menjadi tumpuan mereka terutama pada hujung minggu dan di Putrajaya, antara yang popular termasuk Dataran Putrajaya serta Tasik Putrajaya.

Pembukaan Langkawi: Banyak perkara perlu diperbaiki terutama pematuhan SOP - Tun M
Antara tumpuan yang perlu diberikan adalah membabitkan pematuhan SOP dalam kalangan pelancong selain memudahkan proses kemasukan pelancong ke pulau peranginan itu.