awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang perlukan penilaian cerun

Bernama
Bernama
13/06/2025
09:00 MYT
Pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang perlukan penilaian cerun
Amirudin berkata kerja pembaikan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana dikhuatiri meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh berulang. - Gambar fail
BANGI: Kerja baik pulih Jalan Genting Peras-Kuala Klawang memerlukan penilaian mendalam terhadap cerun yang terjejas bagi menjamin keselamatan jangka panjang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ringkasan AI
  • Kerja baik pulih Jalan Genting Peras-Kuala Klawang memerlukan penilaian mendalam terhadap cerun yang terjejas bagi menjamin keselamatan jangka panjang dan mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
  • Menteri Besar Selangor menegaskan kerja pembaikan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, dan projek sedang berjalan dengan penjelasan lanjut akan diberikan oleh Exco Infrastruktur negeri.
  • Jalan tersebut telah ditutup sejak Disember 2021 akibat banjir dan cerun runtuh, dan pembukaannya semula penting untuk mengurangkan kesesakan serta menyediakan laluan alternatif ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata kerja pembaikan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana dikhuatiri meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh berulang.
"Ada beberapa aspek yang perlu dipertingkat dan dinilai semula untuk cerun-cerun yang terkesan.
"Kalau kita nak mempercepat kerja pembaikan dengan hanya meratakan jalan itu, mungkin mudah, tetapi isunya adalah bagaimana memperkukuh cerun di kawasan atas," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas pelancaran Program Tekad Pendidikan Kita Selangor di sini hari ini.
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim akan memberikan penjelasan lanjut berhubung kelewatan kerja pembaikan jalan terbabit, namun menegaskan projek berkenaan sedang berjalan.
Rabu lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berharap kerajaan Selangor dapat menyegerakan pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang yang rosak akibat banjir empat tahun lepas.
Aminuddin berkata jalan yang menghubungkan Jelebu dan Hulu Langat itu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah, selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya untuk ke Kuala Lumpur sekiranya ia dibuka semula.
Jalan Kuala Klawang-Genting Peras ditutup kepada pengguna jalan raya sejak Disember 2021 kerana rosak akibat banjir dan cerun runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Genting Peras-Kuala Klawang
#jalan Hulu Langat-Jelebu
#banjir
#status jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami