MALAYSIA
Pembakaran karikatur: PM arah jangan sekat pelajar terlibat terus belajar

Perdana Menteri sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara dan insiden itu menjadi peringatan mengenai harapan besar rakyat. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar tidak menyekat perjalanan akademik pelajar yang terlibat dengan insiden pembakaran karikatur wajahnya di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan agar pelajar terlibat insiden bakar karikatur tidak disekat laluan akademiknya, menekankan komitmen terhadap kebebasan bersuara.
- Beliau memahami budaya protes dalam kalangan mahasiswa, berdasarkan latar belakangnya dalam gerakan pelajar, dan menganggap kritikan sebagai sebahagian daripada demokrasi.
- Kerajaan kekal komited terhadap agenda reformasi, dengan pendekatan yang berstruktur tanpa mengorbankan masa depan anak muda semata-mata kerana perbezaan pandangan.
"Kritikan sepedas mana pun, ia sebahagian dalam meraikan demokrasi dan semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuarakan pandangan berdasarkan fakta dan niat yang telus," katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri, pada Selasa.
Tambahnya lagi, masa depan anak muda tidak harus dikorbankan dalam arus perbezaan pandangan.
Beliau juga menegaskan komitmen kerajaan terhadap reformasi kekal teguh dan tindakan ke arah itu akan terus dilaksanakan secara berstruktur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami