MALAYSIA
Pembangkang cadang tubuhkan jawatankuasa rentas parti teliti sasaran RMK12 tidak tercapai
Hamzah berkata jawatankuasa itu perlu dianggotai wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang bagi memastikan pemantauan pelaksanaan dasar negara dilakukan secara telus dan objektif. Foto FB Hamzah Zainudin
KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Rentas Parti bagi meneliti jurang pencapaian sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta merangka langkah pelaksanaan yang lebih berkesan untuk memastikan keberhasilan RMK13 dan rancangan pembangunan negara seterusnya.
Ringkasan AI
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang bagi memastikan pemantauan pelaksanaan dasar negara dilakukan secara telus dan objektif, seterusnya membolehkan sebarang kelemahan dalam dasar semasa diperbaiki.
"Sepanjang YAB Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri, pertumbuhan agregat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari 2023 hingga 2025 hanyalah sekitar 4.3 peratus, iaitu di
bawah sasaran minimum 4.5 peratus dalam RMK12.
"Sebagai contoh, pada 2023 KDNK negara hanya mencatat pertumbuhan 3.6 peratus, diikuti 5.1 peratus pada 2024 dan setakat separuh pertama 2025, pertumbuhan KDNK hanya sekitar 4.4 peratus," katanya ketika membahaskan laporan pencapaian RMK13 di Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.
Menurut Hamzah, angka tersebut jelas menunjukkan pencapaian semasa kerajaan gagal mencapai sasaran RMK12, berbanding pencapaian ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dahulu.
"Pada tahun 2021 dan 2022, ketika pentadbiran PN, pertumbuhan agregat KDNK negara adalah 5.9 peratus, melebihi sasaran maksimum RMK12 iaitu 5.5 peratus. KDNK melonjak hasil pelaksanaan dasar-dasar yang tepat dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan kerajaan ketika itu,” tegasnya.
Beliau menegaskan, atas prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri tidak boleh sekadar bercakap, tetapi perlu 'walk the talk' dengan memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai prestasi sebenar pelaksanaan RMK12.
"Kerajaan harus tampil dengan penjelasan yang telus kepada rakyat, dan pada masa yang sama, sebuah jawatankuasa rentas parti perlu ditubuhkan bagi memantau secara teliti jurang pencapaian dan memperbaiki kelemahan pelaksanaan dasar pembangunan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah juga berkata, kerajaan perlu menjelaskan mengenai semua perkara yang dikompromi dalam rundingan tarif timbal balas dengan Amerika Syarikat (AS).
Katanya, PN kekal berpendirian bahawa Malaysia mesti berdagang dengan bermaruah, iaitu mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara dalam apa juga tekanan.
"Perang dagang antara kuasa besar menuntut kita untuk lebih berwaspada dalam setiap tindakan dan pertuturan.
"Sebagai sebuah negara dagang, jika kita tidak cermat dalam memposisikan diri, kita akan dipinggirkan di meja rundingan dan tanpa kita sedari, kita hanya diperlakukan sebagai buah catur permainan negara kuasa besar," katanya.
Ringkasan AI
- Cadangan Jawatankuasa Rentas Parti: Pembangkang mahu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti jurang pencapaian RMK12 dan merangka langkah pelaksanaan yang lebih berkesan bagi RMK13.
- Prestasi KDNK Dianggap Gagal Capai Sasaran: Ketua Pembangkang mendakwa pertumbuhan KDNK 20232025 hanya 4.3%, di bawah sasaran minimum RMK12; berbanding 5.9% semasa pentadbiran PN.
- Gesaan Ketelusan & Isu Perdagangan Global: Kerajaan digesa memberi penjelasan telus kepada rakyat serta lebih berhati-hati dalam rundingan tarif dengan AS demi menjaga kedaulatan negara.