Pembangkang sepakat berbaju putih hadiri pembentangan Belanjawan 2024

Ridauddin Daud
Oktober 13, 2023 12:19 MYT
Barisan Ahli Parlimen dari blok pembangkang mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen blok pembangkang tampil sedondon berpakaian berwarna putih pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang lelaki dilihat lengkap memakai baju Melayu, songkok, dan samping manakala wanita pula memakai baju kurung.
Difahamkan, warna putih dipilih untuk menyatakan solidariti kepada perjuangan di Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Belanjawan kali ini merupakan belanjawan kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
#Belanjawan 2024 #Anwar Ibrahim #sedondon berwarna putih #Ahli Parlimen blok pembangkang