[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Pembangunan berteras teknologi, perlindungan alam sekitar antara tumpuan PTKL2040 - PM Anwar

Bernama 29/04/2025 | 15:56 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 hari ini. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) antara lain akan memberi tumpuan kepada penyelarasan guna tanah antara Kerajaan Persekutuan dan awam, penggalakan pembangunan berteraskan teknologi serta perlindungan alam sekitar dan warisan bandar.

Ringkasan AI
  • PTKL2040 akan menyelaras guna tanah antara kerajaan dan awam, serta menggalakkan pembangunan berteknologi dan perlindungan alam sekitar.
  • Draf pelan memperkenalkan insentif pembangunan semula dan zon guna tanah baharu demi kesejahteraan bandar.
  • Orang ramai dijemput hadir ke Hari Terbuka sebelum pelan diwartakan secara rasmi hujung Mei 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata draf PTKL2040 juga, memperkenalkan pendekatan baharu seperti insentif pembangunan semula, kawalan nisbah plot yang fleksibel dan pelaksanaan zon guna tanah baharu demi kesejahteraan komuniti bandar.
"Orang ramai dijemput menghadiri Hari Terbuka pada Khamis hingga Jumaat depan, sebelum pelan ini diwartakan secara rasmi hujung Mei nanti," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi hantaran itu juga Perdana Menteri turut memaklumkan beliau telah menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 hari ini, yang membentangkan inisiatif pembangunan ibu negara secara lebih mampan dan inklusif.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 #penyelarasan guna tanah #PTKL2040