awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan ekonomi perak diberi tumpuan hadapi negara menua

Azib Zikry
Azib Zikry
04/06/2024
03:40 MYT
Pembangunan ekonomi perak diberi tumpuan hadapi negara menua
Anwar berkata, pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak (silver economy) dalam menghadapi populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan.
“Dalam menghadapi populasi warga tua yang semakin meningkat, kita perlu memberi keutamaan pelaburan dalam ekonomi perak.
“Ia adalah untuk membina infrastruktur dan mencetuskan inovasi dalam bidang seperti teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi membolehkan penuaan yang sihat dan aktif,” katanya.
Tambahnya lagi, ketersediaan kepada peranti teknologi membantu meningkatkan kualiti gaya hidup dalam menjalani kehidupan persaraan yang lebih sihat.
Bagi Anwar, Malaysia juga mesti mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan infrastruktur kondusif kepada penuaan aktif.
“Dengan memperuntukkan sumber ke sektor ini, negara boleh meletakkan dirinya untuk memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat yang dianggarkan bernilai AS$15 trilion.
“Ia didorong oleh keperluan dan keutamaan asas pengguna yang semakin tua,” katanya lagi.
Bagi Anwar, pelaburan sebegini bukan sahaja menjanjikan pulangan yang besar tetapi juga menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk yang semakin tua sambil memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk negara.
Beliau berkata demikian semasa sesi Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kecerdasan buatan
#pelaburan
#populasi lanjut usia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan