awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
04/09/2022
05:28 MYT
Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata pada masa sama kerajaan negeri akan terus berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf infrastruktur dan seterusnya dapat menarik pelabur ke Johor. - BERNAMA
MUAR: Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pada masa sama kerajaan negeri akan terus berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf infrastruktur dan seterusnya dapat menarik pelabur ke Johor.
"Antara yang akan diutamakan adalah kemudahan yang membabitkan jalan-jalan di negeri ini termasuklah lebuh raya serta bekalan air yang baik, kerana ia mampu memberi keyakinan pada pelabur sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Muar, di Stadium Mini Kampung Nawi di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Samsolbari Jamali; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Kesihatan Negeri Johor, Ling Tian Soon.
Menurut Onn Hafiz, agenda Memakmurkan Golongan Muda Johor akan terus dititikberatkan kerajaan dan perkara berkenaan akan dimasukkan dalam Bajet Johor 2023 nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pembangunan Johor
#onn hafiz ghazi
#kerajaan Persekutuan
#Menteri Besar Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan