MALAYSIA
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
PRTU antara instalasi utama di bawah pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang dan berfungsi sebagai terminal feri utama bersama-sama PSAH, Butterworth. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Kawasan sekitar Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini dirancang untuk dibangunkan secara berperingkat sebagai kawasan komersial dengan matlamat meningkatkan nilai guna kawasan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
Ringkasan AI
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dalam kenyataan semalam memaklumkan ia seiring dengan keperluan semasa dan perancangan jangka panjang pembangunan pelabuhan selain dalam usaha menyediakan kemudahan lebih selesa, selamat serta mesra pengguna kepada orang awam dan pelancong.
"PRTU antara instalasi utama di bawah pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang dan berfungsi sebagai terminal feri utama bersama-sama Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth.
"Kami sentiasa menilai kebimbangan masyarakat serta pihak berkepentingan dan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap projek pembangunan dijalankan secara telus, berintegriti serta selaras dengan semua peraturan ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan dan isu dibangkitkan berkaitan kerja pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan PRTU termasuk dakwaan tiada rundingan dengan penyewa sedia ada.
PPSB memaklumkan sesi libat urus dilaksanakan pada 29 Dis tahun lepas melibatkan pemaju serta semua penyewa terlibat bagi memberi penjelasan terperinci mengenai perancangan pembangunan, tempoh pelaksanaan dan implikasi ke atas operasi perniagaan.
Hasil pertemuan itu, semua penyewa bersetuju untuk mengosongkan premis bagi membolehkan kerja pembangunan dijalankan tanpa sebarang bantahan rasmi, yang dicapai melalui perbincangan terbuka dan konstruktif.
Selain itu, penyewa akan diberi keutamaan untuk menyewa semula selepas kerja naik taraf siap pada fasa awal dalam tempoh tiga hingga empat bulan dengan keseluruhan projek di PRTU dijangka selesai dalam lapan bulan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
"Berhubung dakwaan projek tidak mematuhi syarat termasuk tiada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), pelan bangunan dan langkah keselamatan awam, pihak pemaju sedang melaksanakan proses permohonan kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengikut prosedur ditetapkan.
"Proses itu dipantau secara berterusan oleh PPSB bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan perundangan dan teknikal manakala dari sudut keselamatan, PPSB sentiasa meletakkan keselamatan penumpang feri serta orang awam sebagai keutamaan," menurut kenyataan itu.
PPSB memaklumkan setakat ini, tiada sebarang halangan fizikal dipasang di laluan pejalan kaki penumpang feri dan tiada kerja perobohan struktur berisiko sedang berlangsung selain pemantauan berterusan sentiasa dijalankan untuk memastikan persekitaran di PRTU kekal selamat setiap masa.
PPSB memaklumkan pembangunan itu dilaksanakan secara terancang bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal, kepentingan ekonomi, kebajikan penyewa dan keselamatan pengguna, selain turut bekerjasama dengan pemaju serta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi memastikan kelancaran projek.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kawasan Pangkalan Raja Tun Uda dirancang untuk dibangunkan sebagai kawasan komersial untuk meningkatkan nilai guna kawasan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
- Penang Port Sdn Bhd memastikan pembangunan PRTU berintegriti serta mematuhi peraturan, termasuk melibatkan pemaju dan penyewa dalam proses pembangunan.
- Tiada halangan fizikal dipasang di laluan pejalan kaki penumpang feri dan pembangunan dilakukan dengan menjaga keselamatan penumpang serta orang awam.