KUALA LUMPUR: Matlamat pembangunan mampan menjadi panduan bagi kerajaan untuk merangka dasar dalam memastikan masa depan yang mampan merangkumi semua cabaran pembangunan dunia moden termasuk ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Malaysia mencapai kemajuan yang baik dalam usaha mengarusperdanakan pembangunan mampan selaras dengan perancangan pembangunan negara termasuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), RMK-12 dan Bajet 2022 sejajar dengan fokus ini.
Semua pihak termasuk swasta memainkan peranan penting dalam memahami dan melaksanakan matlamat pembangunan mampan ini pada setiap peringkat lebih-lebih lagi apabila dunia kini berdepan cabaran penularan pandemik COVID-19.
Sehubungan dengan itu, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan (SDSN) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mengatur gerak kepakaran teknologi dan saintifik global untuk menggalakkan penyelesaian praktikal bagi pembangunan mampan, termasuk pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG).
Selaras dengan perkara tersebut, SDSN Malaysia akan menganjurkan acara Forum Penyelesaian Nasional (NSF) bagi menonjolkan penyelesaian terbaik yang dikenal pasti dalam kalangan rangkaian SDSN tempatan.
Agenda pembangunan mampan
SDSN Malaysia naungan Pusat Pembangunan Mampan Jeffrey Sachs (JSC) terpusat di Sunway University.
Acara ini merupakan satu cabang daripada Forum Penyelesaian Global (GSF) yang dianjurkan di New York, Amerika Syarikat pada September 2019 lalu, bersempena dengan Persidangan Antarabangsa mengenai Pembangunan Mampan (ICSD).
JSC kini juga merupakan satu daripada lima pusat kecemerlangan SDG.
Menerusi kerjasama JCF dan SDSN, ia diharapkan dapat mencapai keseluruhan tiga matlamat dan keutamaan ke arah kejayaan Agenda Pembangunan Mampan UN menjelang 2030.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen Sunway terhadap agenda kemampanan melalui pembangunan SDG di rantau Asia.
Sunway City Kuala Lumpur merupakan salah satu pusat UN-SDSN di samping bandar New York dan Paris bagi tujuan penyelarasan inisiatif kemampanan masing-masing di benua Asia, Amerika, Eropah serta Afrika.
Sementara itu, Naib Presiden bagi Asia dan Ketua SDSN Pejabat Kuala Lumpur, Prof Woo Wing Thye berkata, SDSN menggalakkan ahli-ahli dan kesemua rangkaiannya untuk membangunkan inovasi serta penyelesaian kemampanan dunia sebenar kepada rakyat setempat, negara, rantau mahupun cabaran di peringkat global bagi mencapai pembangunan mampan serta matlamat SDG.
"Tahun ini NSF bermatlamat untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian progresif yang mampu memajukan agenda pembangunan mampan dalam bidang kesejahteraan yang meliputi manusia serta planet.
"Situasi pandemik global dan bencana alam yang berlaku ketika ini meningkatkan lagi gesaan bagi menangani isu pembangunan mampan," ujarnya.
Seperti GSF, NSF merupakan acara berorientasikan tindakan bagi kerajaan, syarikat swasta, orang awam serta ahli akademik dalam usaha bersama menggalakkan penyelesaian pembangunan mampan.
Tema Kesejahteraan
SDSN komited dalam mempamerkan penyelesaian paling berkesan dalam perkara berkaitan SDG di Malaysia. Justeru, NSF menyasar untuk:
1. ‘Merakyatkan’ SDG dan mencetus inspirasi pemilikan serta tindakan di peringkat tempatan.
2. Mengiktiraf dan menyerlahkan penyelesaian berinovasi serta kesannya terhadap SDG.
3. Memupuk kerjasama antara pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.
4. Menggalakkan penyelesaian berinovasi secara meluas di pelbagai lokasi.
5. Memajukan laluan dan hala tuju bagi penyelesaian pembangunan mampan dan membuktikan bahawa penyelesaian ini berupaya menangani cabaran berkaitan SDG.
Tema bagi NSF 2022 adalah Kesejahteraan di mana ia turut mencakupi aspek keselesaan, kesihatan, kegembiraan.
Apabila berkaitan SDG pula, ia merujuk kepada kesejahteraan manusia dan juga planet.
Justeru, inisiatif penyelesaian merangkumi pelbagai bidang di mana antaranya termasuk pengurangan kemiskinan, peningkatan keselamatan dan nutrisi makanan, kualiti dan kesamarataan pendidikan, peningkatan kesihatan, kesamarataan jantina, serta penghubungan budaya.
Geran dana projek
Sembilan inisiatif penyelesaian yang diketengahkan bakal menerima Geran Dana Projek tajaan Sunway berjumlah RM10,000 bagi setiap projek.
Manakala, bagi inisiatif penyelesaian terunggul antara sembilan projek yang dikemukakan akan menerima tambahan tajaan bernilai RM10,000.
Inisiatif ini menawarkan peluang kepada SDSN Malaysia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan penyelesaian khusus setempat.
Untuk maklumat lanjut berkaitan NSF atau penyerahan inisiatif penyelesaian, sila layari laman web di sdsn.org.my/nsf2022/.
Haikal Raman
Tue Feb 15 2022
Tema bagi NSF 2022 adalah Kesejahteraan di mana ia turut mencakupi aspek keselesaan, kesihatan dan kegembiraan.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Sunway bersama SDSN bakal umumkan juara NSF 2022
SDSN Malaysia akan menganjurkan acara Forum Penyelesaian Nasional (NSF) pada 28 April ini bagi mengetengahkan penyelesaian terbaik yang dikenal pasti dalam kalangan rangkaian SDSN tempatan.
Pembangunan mampan: SDSN gerak kepakaran teknologi, saintifik global galak penyelesaian praktikal
Matlamat pembangunan mampan menjadi panduan bagi kerajaan merangka dasar dalam memastikan masa depan mampan merangkumi semua cabaran pembangunan dunia moden termasuk ekonomi, sosial dan alam sekitar.