MALAYSIA
Pembangunan mesti berteras kesejahteraan rakyat, bukan sekadar kemodenan fizikal - PM Anwar
Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sambil berharap wilayah berkenaan terus maju sebagai simbol perpaduan dan kemakmuran negara.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan negara tidak sewajarnya dinilai hanya berdasarkan ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata, sebaliknya perlu berakar kepada peningkatan kehidupan serta kebajikan rakyat.
Beliau berkata, setiap langkah pembangunan mesti berpaksikan prinsip keadilan dan keperluan masyarakat, agar kemajuan yang dicapai benar-benar memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
"Segala usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan perlu memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, sekali gus membolehkan hasil kemajuan dinikmati secara saksama oleh semua," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Jelasnya, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan sebagai teras pentadbiran bagi menjamin keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan bersama.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sambil berharap wilayah berkenaan terus maju sebagai simbol perpaduan dan kemakmuran negara.