MALAYSIA
Pembangunan negara perlu diteruskan, namun bukan atas penderitaan rakyat - Puteri UMNO
Puteri UMNO gesa pembangunan negara tidak abaikan kebajikan rakyat, khususnya wanita muda yang sering jadi kelompok paling terkesan, tegas Nurul Amal. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO menegaskan, pembangunan negara perlu diteruskan, namun, tidak seharusnya berlaku atas penderitaan rakyat, khususnya golongan wanita muda yang sering menjadi kelompok paling terkesan.
Menurut Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, sayap Puteri UMNO berani melontarkan persoalan demi penambahbaikan kerana yakin parti berkenaan memiliki kebijaksanaan untuk bertindak secara adil dan berkesan.
“Kami bersedia untuk bersama-sama kepimpinan, khususnya Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, untuk mencari ruang penyelesaian ke meja dasar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam masa sama, beliau menekankan bahawa Puteri UMNO akan terus bersuara lantang bagi pihak wanita muda, terutamanya dalam isu pemindahan paksa yang menyebabkan anak-anak kehilangan sekolah, peningkatan kos sara hidup dan terputusnya jaringan sokongan keluarga.
Sehubungan itu, katanya, Unit Rancang Bandar (URA) perlu memasukkan perlindungan sosial khas seperti rumah ganti sementara, pampasan setara harga pasaran dan peluang ekonomi untuk wanita muda bandar dalam setiap pelan pembangunan.
Mengulas isu Kampung Sungai Baru, Nurul Amal menyifatkannya sebagai isyarat jelas bahawa kerangka pembangunan bandar Kuala Lumpur perlu diperbaharui segera.
“Pembangunan tidak boleh dinilai hanya dari sudut ekonomi semata-mata. Ia mesti berlandaskan prinsip keadilan sosial, menjaga hak komuniti, maruah keluarga dan identiti Melayu bandar agar terus kekal terpelihara,” katanya.
Beliau turut menggesa agar undang-undang yang jelas dan tegas diwujudkan bagi menetapkan peranan Kerajaan dalam pembangunan, menjamin hak penduduk asal serta memastikan hanya pemaju berintegriti dilantik agar komuniti tidak dimanipulasi oleh kepentingan tertentu.