SHAH ALAM: Pasar Tani Stadium Shah Alam di Seksyen 13, di sini masih beroperasi seperti biasa setiap Ahad walaupun projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sedang berjalan di kawasan tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Rosilawati Abu Hassan berkata buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
"Pasar Tani Stadium Shah Alam yang berada dalam kawasan pembangunan KSSA masih beroperasi dan tidak dihentikan oleh kerajaan Selangor.
"Sementara ini kita alih sedikit pasar tani ke kawasan baharu tetapi masih di perkarangan Stadium Shah Alam seperti mana yang diarahkan oleh pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Tani Seksyen 8 di sini hari ini, Rosilawati berkata akses kepada pasar tani itu turut dimasukkan ke dalam pelan pembangunan semula KSSA.
Pada Disember tahun lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan itu.
Proses perobohan Stadium Shah Alam dilapor melibatkan kos RM35.5 juta dengan pembinaan semula stadium berkapasiti 40,000 penonton itu dijangka siap pada hujung 2026, manakala pembangunan keseluruhan KSSA selesai menjelang akhir 2029.
Dalam pada itu, Rosilawati berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka sebanyak 14 pasar tani baharu tahun ini di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Selangor termasuk Pasar Tani Seksyen 8 yang beroperasi bermula Februari lalu.
Beliau berkata FAMA mensasarkan jualan hasil pasar tani di seluruh negara berjumlah RM300 juta tahun ini dan sehingga April lepas, sebanyak RM 91 juta telah terkumpul.
"Daripada jumlah itu, untuk Selangor sahaja kita telah capai jumlah jualan sebanyak RM17 juta daripada sasaran keseluruhan RM38 juta untuk tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam. - Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
FAMA anjur Karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
Enam lokasi itu ialah PTK Seberang Jaya, PTK Chukai, PTK Chini Pekan, PTK RTC Kelantan, PTK Datin Halimah di Johor dan PTK Changlun.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu tahun ini
Setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.
Pasar tani bagi Jualan Khas Syawal Madani ditambah
Ini sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.
FAMA buka 103 pasar tani bagi jualan khas Syawal Madani mulai 15 April
FAMA akan membuka sejumlah 103 pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani mulai 15 April ini.
FAMA Terengganu jamin bekalan makanan mencukupi menjelang musim tengkujuh
Bekalan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk industri asas akan dijual di 12 pasar tani.
60 peratus pasar tani akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 60 peratus daripada 350 pasar tani di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
FAMA kecualikan sewa tapak pasar tani
FAMA akan memberikan pelepasan pembayaran sewa tapak kepada usahawan pasar tani di seluruh negara susulan operasinya tidak dapat dijalankan semasa Fasa Satu PPN.