PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tiga lagi memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.
Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed yang membenarkan rayuan DBKL, Memang Perkasa Sdn Bhd, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Dalam penghakimannya, Azahar berkata persoalan undang-undang berkaitan 'locus standi (kedudukan di sisi perundangan), kesan Pelan Struktur KL, tanggungjawab untuk memberikan penjelasan serta konflik kepentingan adalah isu penting yang perlu dibahas dan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung perkara itu akan memanfaatkan orang awam.
Turut bersidang Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Pada 27 Jan lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mary Lim Thiam Suan (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) telah membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL bagi tujuan pembangunan projek perumahan di Taman Rimba Kiara.
Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 November 2018 yang menolak semakan kehakiman oleh penduduk bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan dikeluarkan DBKL.
Penduduk memfailkan semakan kehakiman itu pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium, selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, MPSB dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan DBKL berhubung cadangan pembangunan bercampur termasuk sebuah pangsapuri 29 tingkat membabitkan 350 unit mampu milik dan lapan blok pangsapuri perkhidmatan dengan lapan tingkat ruang parkir.
Mereka mendakwa tanah seluas 10.08 hektar di Taman Rimba Kiara adalah taman awam yang terletak antara TTDI dan Bukit Kiara serta kawasan hijau bagi Kuala Lumpur.
Pada prosiding hari ini, yang berlangsung secara maya, Mahkamah Persekutuan mendengar hujah peguam B. Thangaraj bagi pihak DBKL, Datuk Seri Gopal Sri Ram (Memang Perkasa), Tan Sri Cecil Abraham (Yayasan Wilayah Persekutuan), Datuk Harpal Singh Grewal (Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara) dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili penduduk terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021

Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 November 2018 yang menolak semakan kehakiman oleh penduduk bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan dikeluarkan DBKL.

Kementerian Digital terus sokong inisiatif pendigitalan di kuil Hindu seluruh negara
Ia satu komitmen kerajaan dalam memastikan teknologi digital sampai ke akar umbi masyarakat, termasuk dalam konteks keagamaan dan warisan budaya.

Keputusan pemilihan cabang PKR dimuktamad selewat-lewatnya 5 Mei - Dr Zaliha
Proses penelitian akan dilaksana dengan cermat, adil dan berhemah demi menjaga integriti pemilihan parti.

Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
MCMC serta syarikat telekomunikasi diminta meneliti serta merangka penyelesaian segera bagi peningkatan kualiti internet di kawasan pelancongan di Sabah.

AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsinya - Saifuddin
Sebagai agensi baharu, AKPS yang menggabungkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung memerlukan penyesuaian peranannya.

Malaysia, Kemboja perkukuh kerjasama kehakiman dua hala
Tengku Maimun yang juga Presiden ALA, mengetuai delegasi Malaysia ke Kemboja dari 24 hingga 26 April.

ESKU 2025 lebih inklusif, tekan nilai kebolehpasaran siswazah graduan UiTM
Penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2025 kali ini bersifat inklusif dan menekankan nilai tambah kebolehpasaran siswazah selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

39 KRT Sarawak dipilih KRT progresif - Aaron
Setiap KRT Progresif boleh memohon peruntukan tidak lebih RM100,000 setahun bagi menceburi program meliputi lapan bidang yang digariskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

RISDA perkenal RisSMart Grocer himpun produk usahawan
RisSMart Grocer ialah pasar raya berkonsepkan pusat sehenti yang menghimpunkan produk usahawan dalam suasana pasar moden.

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.

DBKL benarkan kerja pembinaan projek pembangunan J Satine diteruskan
Keputusan itu hasil Laporan Kemajuan Perunding Bebas bertarikh 24 Feb yang disediakan oleh jurutera profesional bertauliah.

DBKL diberi empat bulan laksana pemutihan peniaga tanpa lesen - Dr Zaliha
Peniaga yang tiada lesen perlu tampil untuk mendaftar dan mendapatkan lesen berniaga sebelum Ogos.

DBKL sita perniagaan warga asing beroperasi tanpa lesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap barangan jualan sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi di ibu negara, semalam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 April 2025.

Bina struktur kuil sementara tanpa kelulusan, DBKL keluar notis penguatkuasaan
Pemilik memberi jaminan struktur sementara tersebut akan dialihkan dan mereka akan mematuhi semua peraturan DBKL.

Polis tunggu laporan penuh perubatan kes peniaga belon
Laporan awal mengesahkan peniaga belon mengalami kecederaan keretakan, dan laporan penuh dijangka siap dalam tempoh 30 hari.

‘Saya meraung lihat video anak dikasari’ - Ibu Abang Belon
Hasnah berkata dia melihat video insiden tersebut ketika sedang bekerja dan terkejut apabila mendapati anaknya dipukul, dicekup leher dan ditendang.

Adakah kerana miskin, ada kes lampau saya boleh dilayan seperti sampah? - 'Abang Belon'
Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' mempersoalkan layanan kasar dan tidak berperikemanusiaan terhadapnya

'Abang Belon' berisiko lumpuh - Doktor
Kecederaan saraf tulang belakang yang dialami Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' berisiko menyebabkannya lumpuh.

'Abang Belon' nafi terima tiga kali teguran sebelum dikasari penguat kuasa
'Abang Belon' menafikan dakwaan dirinya telah menerima teguran sebanyak tiga kali daripada petugas DBKL sebelum dikasari seperti yang dilaporkan pada Sabtu.