MALAYSIA
Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang perlu dipercepat - Anwar
Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.
Ringkasan AI
Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun, mengingatkan bahawa dalam melaksanakan pembangunan itu, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.
"Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam kerana di situlah terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan," kata beliau dalam hantaran itu.
Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.
Beliau berkata projek berkenaan telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan.
"Alhamdulillah, kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya sesegera mungkin supaya manfaat pembangunan ini dapat dinikmati rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi berkaitan bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey sebagai model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang cekap dan berintegriti.
- Kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan, dan kelestarian ekosistem akan dipelihara dalam pelaksanaan projek tersebut.
- Projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey dipandang strategik bagi memperkukuh ekonomi negara dalam sektor pelabuhan dan logistik serta telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaksanakan dengan segera.