awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu dapur restoran mengaku tidak bersalah tikam bilal masjid

Bernama
Bernama
10/09/2015
12:30 MYT
Pembantu dapur restoran mengaku tidak bersalah tikam bilal masjid
Muhamad Affendi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menikam Tengku Shafiq di sebuah taman hiburan dua minggu lalu. - Gambar hiasan
Seorang pembantu dapur restoran makanan segera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mencederakan seorang bilal masjid di sebuah taman hiburan di sini dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhamad Affendi Aziz, 26, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Siti Aminah Gazali.
Muhamad Affendi didakwa melakukan kesalahan tersebut di luar perkarangan Euro Fun Park, Jalan Kuantan-Gambang di sini lebih kurang pukul 11.30 malam pada 31 Ogos 2015.
Muhamad Affendi didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap Tengku Shafiq Tengku Adam, 21, menggunakan sebilah pisau berwarna hitam berukuran 28 sentimeter dengan tulisan "Jungle King" tertera pada bahagian hulu pisau.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat sekiranya sabit kesalahan.
Hakim Siti Aminah kemudian menetapkan bayaran jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan keluar dari daerah Kuantan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Hakim turut menetapkan tarikh 9 Oktober untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wahidah Zainal Abidin.
Topic Berkaitan
#bilal masjid
#Muhamad Affendi Aziz
#Tengku Shafiq Tengku Adam
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan